>

Friday, April 13, 2012

Missing you?

hehe..yup..
i miss u..
not others,just u..
can believe it?

believe it.
but what can i do,
im not the man that ur heart is missing
not the guy that makes ur day
thats why u go
i know..


yes i know..that i let u go...

Tuesday, April 10, 2012

Cinta?

Hmm..perasaan putus cinta..mmg pedih..tapi apa kn daya..sebenarnye sudah masuk dalam kitaran hidup.Ada yang datang,ada juga yang pergi.Tapi persoalannya,haruskah kita bermatian untuk cinta kita?

Inilah yang aku selalu tanya pada diri aku.Aku baru sahaja hilang orang yang ku sayang,ramai orang cakap..Bunga bukan sekumtum.Tapi kalau aku sudah jumpa bunga yang sesuai.Kenapa aku perlu terbang mencari bunga yang lain?Tapi yang menjadi persoalan,bagaimana bunga itu sanggup begitu mudah bagi kumbang yg sebarang untuk hinggap padanye.Jawapan nye..sememangnye bunga itu tidak berdaya menghalang kumbang.

Begitulah juga perempuan.Dengan berbekalkan satu ayat yang cukup indah dari bibir manis seorang lelaki,perhatian pada saat diperlukan,dan melayan segala kehendak yang dipinta.Maka cair lah hatinya.
Memang statement ini agak berat untuk diterima.Tapi itulah kemahuan seorang wanita dan inilah yang telah disalahguna oleh lelaki yang hidung belang.

Berdasarkan permerhatian aku dan pengajaran yang aku dapat.Bila berlaku persilisihan paham,dan semuanya dipendam.Maka waktu itu satu hubungan berada pada tahap kritkal.Mengapa?pada waktu itu perempuan sangat memerlukan someone yang boleh menemani rasa sunyinya.Tapi harus diingat lelaki juga mempunyai tabiat yang sama.Pada waktu ini sebenarnya kesetiaan dan kejujuran akan diuji.

Aku juga penah lakukan benda yang sama.Bosan?gaduh?.terus cari back up.hahaha.Tapi bila aku jumpa seorang girl ini.Aku mula rase berubah.Back up?!.Aku mula mempercayaai kesetiaan dan aku sangat bersyukur kerana aku dapat rasa nikmat kesetiaan.Lalu persepsi aku mula berubah dan aku mula terfikir manisnya cinta seperti ini.Byangkan hanya menikmati sekotak susu bersama dengan sebungkus coklat bersama.Sudah cukup membuat aku merase bahagia.Itulah kehebatannya.Tak percaya?cubalah.hahaha

Tapi bila mula berjauhan,perasaan rindu itu mula membuak2.disini lah sebenarnya kesetiaan diuji.Hubungan aku dengannya mula renggang kerana perbezaan masa dan pendapat.Tapi aku cuba bertahan,apakan daya.hubungan ini tidak dapat dipertahankan.

Tapi sebenarnya, aku berasa bangga pernah kenal perempuan macam dia.Dia sangat memahami seluruh kehendak aku.mungkin aku yang tidak pandai menghargai.banyak kenangan aku bersama dia,aku tidak dapat lupakan.

So,pengajaran yang aku dapat dari sini,ialah kalau korg betul2 sayang awek2 korg..belajar menghargai apa yang dia nak,maybe kadang benda tu tidak logik diterima akal,tapi mengetilah dalam usia 18- 25 tahun,seseorang perempuan itu tidak sampai lagi tahap kematangan seperti lelaki.Nisbahnya sangat mudah.Pemikiran lelaki yang berumur 25 tahun adalah sama seperti wanita berusia 40 tahun.Nampak perbezaan ketara dan keunikan seeorang perempuan,

Jangan jadi macam aku.Tidak reti memahami apa yang kekasih sendiri nak..Akhirnya..frust menongeng..ZZZzzz

http://youtu.be/TwFR7Gkd1kU

Ni lah lagu kenangan aku dengan si dia,,:)

Monday, December 27, 2010

yeah2..malaysia menang..




      seronok tgk malaysia main smlm.wlaupun xdpt nk tgk kt stadium tp dpt tgk kt tv pon jd lh.kt situ dpt tgk smgt org malaysia kembali pulih.sume kedai mamak kt ampang penuh je.tah rase mcm best plak tgk mcm tu kn.tapi tu   lh,nasib baik malaysia menang.so besepah2 lh org puji.tp amat mnyedih kn bile tgk ade pnyokong yg bwk mercun.bkn nk ckp pe.tp mcm xcivilize je tgk mcm tu.tp sbnr nye kite x cukup ganas lagi..skrg aku rase mcm trinign nak kongsi ngan korg pnyokong2 bola sepak kt dunia yg lebih gilllee babs punye.


Mula2 skali kite kenali jenis peminat yg ade dulu


1. Die Hard Fan.(kipas susah mati)
       ini adalah antara golongan peminat yg ade pd thp dewa.hehehe,,dorg mmg xkire pe jua pon keadaan.stiap kali game,mesti kene duduk seat depan.level dewa dorg akan tcabar jika dorg trmiss satu game pon.serius shit..so fans mcm ni mmg akan gile babi bile team dorg menang.mcm org keje yg cuti pd public holiday tp gaji still jln triple.gile best kn..pdhl team je mnang dorg bkn dpt pe pon.and klu kalah,mmg mngamuk,ade yg mnangis mcm mati anak,ade yg rase mcm xleh hidup.serius shit kn...hehehe
2. I wannabe Football pundit.


         Selalunya orang macam ini memang terror main bola. dorg ni klu tgk bola bkn skadar jerit bodo.tp menilai stiap pegerakn game.dorg xpndg pada team yg kuat je.tp dorg blh nmpk setiap set up or strategi yg team tu wat.so,kbykn mcm mereka2 ini sume slalu nye berminat pada under dog team.sbb dia mncari potensi.contohnye mcm ni lh..korg rase lh ade x org kenal  drogba tu klu dia main untuk persatuan bola sepak pnduduk flat permai.tp bile org mcm ni ada so bakat mcm drogba tu blh lh diserapkn dan diketengahkn.terbaik kn?

contoh yg ak plaing respect skali adlh jose mourinho lh.tp dia manager kn bkn peminat..haisshh... 

3. Peminat ala2 gitu.
         hah..yg mcm ni.dia agak lain skit..dia dikatakn org yg ikut musim.ylh.dia just taw psl teramik taw je.cntohnye mcm ni lh.cube korg tnye awek2 yg minat2 bola ni.tnye dia mnt team pe.mesti dia ckp man utd pune.sbb man utd ngah top kn skrg.then bile tnye palyer man utd.mesti lh dia ckp christiano ronaldo.pdhl mamat tu dh pg real madrid.hahaha.aku rase mesti ade yg pnh jumpa situation mcm ni kn.cerita,cerita,cerita...


4.Bikin panas je
           Yg mcm ni pulak,blh diketegorikn sbgi peminat bola yg thp lahanat lancrett..sbb pe..dia hanya sokon g mana yg menang..tak ke mcm siot tu..geram plak ak ngan org mcm ni..mls cite..


5.Mintak kaki

            Ini lagi keji dan hina, since they follows football just to kutuk their friend. keje dia cari point je.contohnye mcm ni lh..man u ngan arsenal seri..tak ke dia kutuk dua fans skali.ptt kh diberikn tinju maut pendekar laut pada manusia seperti ini..

Of cause, some supporters are combination of more than one of these categories. Ada Die Hard fans yang juga Truly Football Lover..so korg rase korg kt tmpt yg mana?



     Berbalik pada topik kite diawl td..ak rase tringin nk kongsi korg info ni..bende ni ak terbaca kt satu site.agak menarik gak sbnrnye nak lebih lanjut korg pg kt page ini  http://www.isuhangat.net/2010/11/kenapa-tiada-pagar-pemisah-penonton-di-epl/



    Kepada mereka yang gila EPL mesti tidak hairan melihat penonton mereka di stadium Liga Inggeris. Selain dikenali dengan Kick And Rush-nya, Liga Inggeris dikenali dengan kualiti padang dan stadiumnya yang boleh dikatakan terbaik.
Dan satu lagi, stadium-stadium di England ternyata tidak punya pagar pemisah di antara penonton dengan padang. Dan yang lebih hebatnya lagi, jarak bangku penonton dengan padang tidak lebih dari 5 meter.
Kenapa boleh begitu? Ternyata hal tersebut dikuatkuasakan bukan kerana penonton kelab-kelab di England adalah baik dan tertib, tapi kerana penonton mereka lebih brutal dari penyokong Kelantan.
Ini dia sejarah dan alasannya …
Anda pasti sudah tahu dengan rusuhan yang dilakukan penyokong Liverpool di Belgium sewaktu final Liga Champions ketika melawan Juventus. Rusuhan yang berlaku 29 Mei 1985 yang kemudian dikenali dengan Tragedi Heysel ini mengorbankan nyawa 39 orang. Tragedi tersebut memberi impak besar bagi sejarah bolasepak Eropah.
Liga EPL
Soal rusuhan dan pergaduhan, Eropah paling tegas. UEFA akhirnya melarang Liverpool bermain di Eropah selama 5 tahun. Dan uniknya, bukan hanya Liverpool, tapi semua kelab Inggeris tidak boleh bermain di luar England selama 5 tahun! Dan yang paling unik, ternyata tiada protes dari kelab-kelab lain yang turut terkena hukuman.
Hukuman FA tidak berhenti di situ. Ada banyak perubahan parameter keselamatan yang lain. Yang paling jelas adalah menghilangkan pagar pemisah penonton dan padang serta tiada lagi ada penonton kelas berdiri (tanpa kerusi) di seluruh England.Di Eropah, cuma England yang tidak menjual tiket tanpa kerusi.
FA dikecam oleh orang awam peminat bolasepak di England, bahkan Eropah. Jelas banyak yang marah kerana tiket berdiri harganya murah dan meriah. Dan hal yang dianggap paling gila adalah menghilangkan pagar pemisah. Ada pagar pun merusuh, apalagi kalau tiada?
Tapi buat FA, kelas suporter berdiri merupakan punca berlakunya rusuhan. Jadi, sekarang ini semua stadium di England tanpa pagar dan tidak menjual tiket bernombor kerusi. FA memang organisasi berpengalaman. Idea mereka ternyata berjaya. Hilangnya pagar sekatan membuatkan penonton menjadi lebih matang dan dewasa. Kerana FA juga mencatat identiti penonton yang masuk stadium. Sekali membuat rusuhan, penyokong bakal di-banned masuk stadium di seluruh England untuk beberapa tahun, bahkan selamanya. Di dalam stadium juga tidak nampak pasukan polis walaupun yang menyamar.
Liga EPL
Dengan peraturan tersebut, bukan bemakna bolasepak Liga Inggeris 100% selamat. Peminat Setan Merah pasti tidak akan lupa dengan “tendangan kung fu” Eric Cantona kepada penyokong Crystal Palace di tepi padang.
Liga EPL
Atau peminat Liverpool masih ingat dengan insiden kemasukan belon ke padang yang dilemparkan seorang remaja yang akhirnya membuat liverpool kalah dari Sunderland.
Liga EPL
Terlepas dari masalah itu, rasanya kita patut mengucapkan tahniah untuk keberanian FA dan sikap dewasa para suporter Liga Inggeris yang dulu sering membuat orang resah, sekarang nampaknya relatif lebih bersopan.
Kalau hal serupa diterapkan di Liga Malaysia, apa yang bakal terjadi?

sedikit info mengenai Tragedi Hiisborough

Tragedi Hillsborough merupakan satu tamparan hebat kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 1989. Beratus-ratus penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough. 94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke –96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporn Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi.
Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield. Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough. 

sumber dari:
  1. http://www.isuhangat.net/2010/11/kenapa-tiada-pagar-pemisah-penonton-di-epl/
  2. http://my-liverpoolfc.com/v2/home/sejarah-liverpool.html
  3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Liverpool_F.C.#Tragedi_Hillsborough

Thursday, December 23, 2010

mantiq al tayr

  Halloooo..ni 1st time aku nk tulis blog ni.so agak2 bodoh skit lh.Nama blog pon dh lah pelik kna.So first sekali aku nak cite lah pe mcm mana ak dpt name ni.bunyi agak pelik.Tapi klu ikut kn maksud dia mudah je.maksud dia adlh mesyuarat burung.Tak pelik n ajaib plak kan.Ape lah kene mngena burung pulak.Benda ni pon ak dpt pas ak dgr lagu m. nasir.Tibe ak mcm beminat plak nk cari pe kebenda lh mamat ni mrepek.Lupe plak nk cakap tajauk lagu.Tajuk dia Tanya sama itu hud-hud.Kalau mngikut teori falak ak,lagu ni pnh juara muzik2 thn brape tah. nanti sape2 free g lh check.ni lh lagu yg ak ckp kn tu..aku sedia kn lagu dia kt bawah.




 
           muke m.nasir yg habis hang tuah.





Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari



Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya  dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makan dan hakikat hidup. menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti. Mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja.Burung belatuk yang ada pada mesyaurat itu dipilih sbgi ketua.Dia dipilih bedasarkan pengalamannya yang ada.Tetapi burung itu menolak dan mangatakan bahawa dia hanya mampu memimpin ke mana jalan tersebut. Dlm perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud ( kalau xsilap skrg dikenali burung belatuk) harus melalui tujuh lembah.Ribuan burung sedunia pun berangkat. Namun yang berhasil bertemu dengan sang raja hanyalah 30 ekor saja. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup.

Ketujuh lembah yang harus ditempuh untuk dapat bertemu dengan Sang Khalik itu adalah lembah pencarian, lembah cinta, lembah keinsyafan, lembah kebebasan dan kelepasan, lembah keesaan murni, lembah keheranan, lembah ketiadaan, dan keterampasan.Mengenai penerangan dari lembah2 ini,aku xpasti sacara detailnye.Maybe aku risau aku takut tersalah bg info.


"Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan"
umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga
Mengenai sang algojo tu.Aku penah terbaca,ada pendapat mngatakan sang al gojo tu merupakan malaikat maut.Dan ada pula menagatakan ia adalah pangillan yang diberi oleh kawanan burung tersubut kepada burung hud-hud kalau berdasarkan cerita mantiq al tayr.
"Lang mensilang
Kui mengsikui"
ni kalau xsilap aku merupakan bahasa china.bermaksud orang bukan orang,hantu bukan hantu.
kalau xsalah lah.

so kesimpulannye,bagi aku mantiq al tayr ni merupakan kisah mencari mencari tuhan.tu mngikut kepahaman aku lah.mungkin pendapat orang lain berbeza.Dan lagu yang dinyanyikan oleh m.nasir ni terlalu banyak mesej yang tersembunyi.Ini lah pendapat aku.Bagi sape yang boleh kongsi.aku alu2 kan.Sebab aku ni ilmu bukan setinggi gunung.


Berbalik kepada 1st topik tadi.Aku harap blog aku ni blh lh dijadikan tempat untuk aku berkongsi dan menimba ilmu lagi untuk kebaikan bersama..Hidup Burung!!
hahahaha